Thursday, December 27, 2012

merbok..

ASSALAMUALAIKUM SEMUUUA...SIHAT??


alhamdulilah dah selamat smpai merbok ngn mama n abah td..smpai2 sini p bershopping ngn parent dulu kat tesco sp...ya Allah penat la pusing2 cri mama n abah...stg mama abah pulak cri aku..hahah tp best..best dpt luang masa cam td..bkn sng...mama abah busy..beli2 smua..smpai kolej sunyi..well mana da org blik lagi sekarang ni cuti smid sem..tp ada jpk2 yg dah blik cni..okay la tu...

hmm satg nak p terengganu ngn jpk2 n student2 smua..harap2 aku xmuntah macam aku p penang ngn pm2 mds haritu..huh! ya Allah takutnyaaa muntah..weekkkk...errr...

hmm okay la in shaa Allah akan bersambung.. byeee

p/s semoga semua org slmt smpai ya Allah..ameeenn... :))

Wednesday, December 26, 2012

MINTAK MAAF MAMA :'(

harini seharian aku rsa hidup aku sedeh dan sebak ja...walaupun aku mcm happy aku menages ja kat dalam..aku dah buat mama sedeh n merajuk dngn apa yg aku cakap td..aku xpatut cakap macam tu..aku dah mnx maaf..n mama kata mama dah lama maafkan aku..tp aku tau mama still merajuk kat aku... :'(
aku mmg anak yg xbaik kat mama aku...mama adah xsengaja n xtau kenapa adah boleh cakap mcm tu kat mama...hmm walaupun mama marah adah n merajuk mama still boleh suapkan adah makanan td dalam keta..sbb adah lapaq sngt..mama adah sayang mama sngt2 mama tau x..adah xboleh hidup tnpa mama..tp adah still bg mama sedeh..adah jahat...jahat sngt...mama...esok adah nak blik merbok dah..mggu ni mama bz keja ja..kita xsempat nak sembang panjang2 pun...xtau bila adah nk blik rumah pulak..lpas ni dah bz ngn test kuiz smua..mama adah rindu kat mama sngt2 niii...nasib sempat tidoq ngn mama semalam..peluk mama..mama adah syg mama sngt2 mama tau x..mama tau x mama... :'( tp adah xboleh jadi anak yg baik kat mama sbb dah buat mama merajuk n sedeh ngn adah...

mama...adah xbuat dah mcm tu..adah mnx maaf..mama kan tau adah slalu cakap mcm tu n tu bkn yg adah maksudkan..

mama adah syg mama...sayag mama syg syg SYG SYG mama!!!! :'(

Tuesday, December 25, 2012

Boringg...

hmmm malam ni boring sikit...xpa lah xmau kacau along malam ni dia pun dah nk dekat final dah tu..masa depan dia..my future tu..hmm malam ni make up blog ja..n nk study ckit..owh aku dah nak blik uitm khamis ni..ada perjalanan ke uitm dungun..owh noo...cutiku dah nak habih..hmm..xpa la..kawan2 jpk aku ada yg xblik pun buat kerja..aku kay la ni boleh balik..sorryy all dear jpks...okaayy harini..duduk rumah tasniem ja..sbb nak happykan dia..aku ni kena la ambik berat ckit pasai kawan2 aku..aku ni terlampau busy ngn benda kat uitm tu smpai kawan2 aku kat as ni sedeh pun aku xtau..sedangkan bila aku sedeh depa tau n happykan aku..tp bila depa sedeh aku xtau..depa bukan xmau gtau aku..depa tau aku busy...

p/s along study baik2 tauu..bagi dapat pointer baik2 punyee in shaa Allah..

DEAR BLOG...



HEEE HARINI NAK TULIS PASAI ADIK AKU..NMA DIA MOHD SIRHAN...SEDAP BUKAN?? HAHAHA WELL ABAH YG BAGI..KATANYA MAKSUDNYA SINGA DLM BAHASA PAKISTAN..ABAH NI PANDAI BERBAHASA PAKISTAN..HMM XPA TU AKAN DIBICARAKAN KEMUDIAN TENTANG ABAH...EHH AWAT YG AKU FORMAL SNGT NI..OPPSS HARAP MAAF..HAHA OKAY LAA..SAT AKU NAK TUN JUK MY HENSEM BOY KAT HAMPA SMUA..







OKAAYY NI LA ADIKL AKU TUU..HENSEM X..HAHA..TP AKU KATA DIA HENSEM DLM BLOG NI JA KAT LUAQ MMG XLA...SATG DIA MEROYAN LA PULAK...HAAIIHH..HAHA DIA NI MMG ANEH CKIT..EH XLAH ANERH SNGT SBB DIA SNGT LA SUKA BAIKI2 NI..KECIK2 RENOVATE BASIKAL..BESAQ CKIT MOTOR...BESAQ CKIT LAGI KERETA LA PULAK...AKU SUKA CARI PSAI NGN DIA..TP DIA SUKA XLAYAN AKU..MACHO KAN..WAKAKAH.. BOLEH LAA...ERMM OKAY LA SETAKAT NII...
NNT SAMBUNG LAIN NAAHH...CITA PASAI KAKLA PULAK..
KAKLA?? SAPA TUU...HEE TUNGGGUUU <3 <3 <3

heheh...


ASSALAMUALAIKUM....hmmm okayy...cuba teka ni sapa..HEHE ni nama dia khairul azhar bin jamaludin a.k.a along..sapa along ni..? along hmm sapa ehh...haha adalah skrg xboleh nak cakap sapa lagi..nnt2 klo dah ada title sedap ckit boleh la cerita..hah boleh camtu?  okay panjang cerita dia sebenaqnya...xtau la tuan punya badan pernah terpikiaq ka x psai bnda ni..kmi ni dah bekerjasama lama dah dari aku sem 1 n dia sem 3 maybe..kami sama2 jadi JB or jawatankuasa blok kat uitm kolej masing2...tp xpernah kenai antara satu sama lain..pernah dua kli jdi PM (pembantu mahasiswa) tp xpernah bersembang pun..okayy org atas ni pemalu ckit..opss..haha tp dia hot jugakk jngn risau...haha walaupun pemalu kan..hmm dia dah last sem baru lah rapat...tp xdak eh dating2 ka apa..jngn risau..MALUUU!!

tu masa dia diploma..n sekarang dia dah degree dahh...merbok jgakk..haha alhamdulilah.. bru ja graduate..4/12 /2012 haritu...kenapa entry ni tulih pasai org kat atas ni..ermm ada lah sbb dia..xkan saja2 tulih..haha okay lah errmmm

ALONG SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM 4 THE FIRST TIME AS A DEGREE STUDENT OKAYY.. :)
p/s dokan kami :)




Monday, December 24, 2012

kawan baikk sangaaatt..heee

haaaa ni dia kawan2 baik aku dunia akhirat....kami mmg xstudy sekali tp...kawan baik la dri sekolah lagi...

nak tngok dak yg mana kwn2 aku tu.. :)

sat nahhh... haaa ni la depaa...kih2

sayang nii..jngn dok wat main2..okay lah..nak gtau ni jalah...yg penting aku sayang la kawan2 aku...


Wednesday, July 06, 2011




WaRKaH BuaT ADaM
Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!! !.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah. .. keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari Hawa

...